Tuesday, May 5, 2009

Pabila kita tersepit dalam sebuah dasar...

salam...
alhamdulillah, segala masalah selesai.
dan kini, blog kita aktif lagi...

satu perkara yang saya ingin ulaskan di ruang yang tak seberapa ini,menyatakan rasa tersepit antara satu benda(iaitu bahasa) dalam satu dasar.


saya selitkan kisah:

Cikgu A seorang yang mahir dalam bidang sains. Tetapi, kerana pengalaman yang berpuluh tahun dalam ilmu sains dalam bahasa melayu, beliau tidak mampu mengajar dalam bahasa inggeris serta agak terkial-kial mengajarnya.

beliau mengajar tahun tiga, empat dan enam sekolah rendah.
alhamdulillah, memandangkan tahun empat, sainsnya mudah...maka, tidak kira mengajar dalam BI atau BM atau campur aduk... beliau berjaya mendidik anak muridnya dan majoriti mendapat A.

Manakala,
sains tahun enam hampir susah, menggunakan banyak perkataan sains dalam inggeris. Si anak murid pula akibat terlalu biasa dengan perkataan inggeris tidak faham penerangan sang guru, seperti ini'baiklah, anak pokok asalnya dari biji benih. biji benih mampu disebar oleh beberapa cara macam wind, animal, water, explosive mechanism...

isunya di sini, anak muridnya tak faham apa itu anak pokok....
itu di bandar...

di pedalaman pula bagaimana??

adakah mereka faham explosive mechanism itu apa?

ini kisah Sekolah rendah,kisah Sekolah Menengah?ini kisah cikgu yang menerangkan dalam dwi-bahasa, rojakkannya,tapi, kalau full english bagaimana?
apabila diajar BI, ada saja masalahnya, apabila diajar BM, si anak murid pula masalahnya...
dwi-bahasa???entahlah...itu belum cuba lagi...tak tahulah kesannya bagaimana...

KESIMPULAN

hanya satu tindakan bakal mendatangkan masalah besar...hanya satu, bukan dua, bukan tiga....
permulaan yang digembar-gemburkan hebat...
akhirnya...pembelaan bahasa di mana,generasi yang sedang belajar bagaimana,dan bermacam lagi persoalan yang entah bila hendak ketemu jawapan...satu langkah yang mengundang padah..

tapi, kita perlu ingat"tak ada orang yang bangga dengan bahasa asing...meskipun kita tahu bahasa asing, kita akan rasa nikmatnya bahasa sendiri, kita akan rasa nak ajar orang asing bahasa kita...dan, kita akan bangga orang tahu bahasa kita...kan?"
mari kita doakan agar jawapan selepas ini adalah tepat.
Kita di sini bukan nak membela atau menyangkal dasar ini...
cuma satu perkara yang kita cakap, adalah kesan/keadaan bila dibubar, diteruskan....
ada idea lain?
wasalam...MMP

No comments: