Thursday, December 31, 2009

SKPJ dahulu dan kini...

Salam...lama x jenguk blog ni....hurmm...nampaknyer grand reunion thn 2010 la jawabnyer...insyaAllah...sape2 nk sponsor tempat ke, makanan ke...call me ek...

hah, berbalik soal SKPJ...
batch junior kiter dah pon dpt result...
dah pon dpt tawaran...

dengar citer, x ramai dpt heskul...
yelah, UPSR pon dah turun resultnyer....
graf naik la kot...

semoga thn ni dpt ler naik nama sekolah kita ... insyaAllah...
pe citer lak PPSMI?? 2012 kite terpakselah belajar dari bawah balik...

nk wat camner...sapelah kite budak2 nk bersuara sedangkan kerajaan yg berkuasa....
kn bagus kalau dari mula x bubar pape...skunk, xtau la pe nk ckp...balajr jelah sungguh2...nnti dpt jugak...

sesungguhnya, aku benci segala pembaharuan kalau tak diperlukan-MMP

Thursday, September 17, 2009

Mari-mari, kita serbu umah mAdi!Yeaa....

Pengumuman!

Madihah Azmi menjemput semua ahli kelab u ntuk majlis rumah terbuka anjurannya di rumahnya pada raya ke4 nih...harap semua dapat dtg...kita serbuuuuu!!!!!
salam aidilfitri!


lagu raya favourite saya

Saturday, September 5, 2009

Cadangan Untuk Grand Reunion

Salam 'alaikum warahmatullah,

Di kesempatan ini, saya mengucapkan salam ramadhan walupun dah terlewat =D...hehe
ermm, seperti tajuk post ini, cadangan tlah dibuat untuk majlis grand reunion selepas aidilfitri menjelang nanti, harapnya, ramailah yang dapat datang, bukan ramai tapi semua...insyaAllah

Ahli jawatankuasa buat sementara ini telah dilantik sebelum pilihanraya kelab pada majlis tersebut nanti..

AJK Blog:Maisarah Mohamed Pauzi
AJK Perhubungan: Deena Izzah Badrulzaman dan Madihah Azmi
AJK Jamuan dan Makan: Deena Izzah Badrulzaman
AJK Tempat Majlis: Madihah Azmi
AJK Reunion: Ku Nurul Ain Ku Mahazir, Nurul Nadzirah Muhd Zin

Cadangan nama presiden dan naib presiden serta jawatan yang lain akan diumumkan selepas pilihanraya, harap maklum.

Mai pakat mai reunion grand punya nih....kita kumpul ramai2!!
p/s: sapa2 yang sudi nak dibuat grand reunion kat umah dia, call me-MMP

Thursday, August 6, 2009

Hati-Hati!

Salam sejahtera buat pengunjung serta ahli kelab,

di sini,
saya ingin menasihatkan semua ahli agar berjaga-jaga,
hampir seluruh kawasan Kepala Batas diancam wabak yang semakin menular kini,
serta,
beberapa institusi pengajian telah ditutp berikutan wabak ini,
oleh itu,
jaga-jaga kalau:
1.anda batuk2
2.selsema
3.badan panas melebihi 40 darjah celcius
4.sakit tekak

harap sekolah kita,SKPJ dilindungi dengan rahmatnya...insyaAllah...

tidak lupa juga, adik-adik kita yang bakal mengambil UPSR....selamat maju jaya,
sekian, wassalam....-MMP

Friday, July 3, 2009

Sume dah berubah....

Exhighschoolian melawat High School....oh, rindunya!

salam.
Memandangkan para ex-highschoolian dari SMSKB mempunyai urusan ke High School, maka, sempatlah melepaskan rindu pada sahabat2 di High School.

Kami ke sana dengan bantuan ibu bapa Sarah Aziz yang sudi membawa kami ke sana.
Sesampai di High School, telah ada perubahan ckit.

1. Tempat parkir kereta sedang di tambah baik kan.
2. Begitu juga dengan Aspuri yang sedang diperbesar bangunannya.
3. Semakin ckit budak2 HighSchool, kengkawan yg pengawas di sana dah sah jadi pengawas.
4. Ada budak2 baru masuk High School.
5.Dengar berita dari cikgu2, Kokurikulum masih belum dijalankan lagi sejak bulan Mei.

Itu sajalah rasanya yang hendak diceritakan. Kamera ada problem, so, kali ni, gambar takder... InsyaAllah, kalau dah ok, bleh laa korang sume tengok slideshownyer...

MidYear Reunion

salam sejahtera wat sume tetamu blog dan ahli kelab,
Aktiviti di kelab ini masih aktif, cuma, laporannya lambat siap.
oklah,
kalau semua nk tau,
Cuti semeter pertengahan tahun yang lalu telah diadakan MidYear Reunion iaitu reunion kedua. Cadangnya, setahun tiga kali reunion... InsyaAllah.
Memandangkan kelab ini masih hijau lagi, maka, segala perancangan masih belum tetap lg.

Bertempat di rumah Deena Izzah, di situlah reunion yang begitu meriah diadakan atas kesudiannya. Pertemuan semula kali ini memang lebih meriah daripada awal-awal dulu.

Memandangkan kamera saya ada ckit problem, so, takleh ar nk upload gambar reunion...huhu, tai takper, insyaAllah ada slideshownyer....

Ada pulak, lepas reunion, aktiviti tambahan bagi ahli-ahli perempuan. Kami ke taman permainan bertemu Amanina, yang tidak dapat hadir ke reunion itu. Kembali ke alam kanak-kanak kadangkala best juga....

papepon, stakat ni sajalah laporan KBP6I...sekian-mmp

Thursday, June 4, 2009

Kenali SMSKB

salam sejahtera buat ahli kelab, pada kali ini saya akan berkongsi sedikit gambar di SMS Kepala Batas.
Bangunan Sekolah tempat belajar
Aspuri


Keadaan dalam dorm yg berpenghuni
Bilik Mandi& membasuh kain


Tandas


Suasana di depan Dewan Makan berbelakangkan Surau

Dewan Makan

Kucing peliharaan penghuni aspuri dan warden

Kaki Lima di luar dorm

Dorm saya.

Entri kali ini khas untuk bakal pelajar SMSKB, selamat datang ke sini!!!
sekain saja..-MMP

Monday, June 1, 2009

Tahniah Korang!

salam,
Amanina lak ke SMSKB,
mengikut jejakku...

dan tahniah juga buat Deena, SMSAH dpt kembalikan dirinya yang lama...

hehe,
sekian!
Nina oh Nina, xder sapelah lg yg nk hantar mesej kat chatbox nanti...

Saturday, May 23, 2009

Inilah dia KEK BUAT CIKGU

salam..

kali ini dapatlah kita semua melihat rupenyer kek hari guru..
kek ini telah disampaikan kepada cikgu hajrah, cikgu darjah 5 kita..

Saturday, May 16, 2009

Guru Yg Tersayang

Salam,
harini outing!yeyeh!selepas semalam outingsick,bukan homesick yer...dpt gak balik outing...huhu

satu lg penyakit melandaku, studysicks....

ah, x kesah lar...

p/s:sapa tau makna study sick ngan outing sick, dpt tawaran ke skolah sama aku...haha, ngarut jer lebih...

.................................................................................
hmm...
hari guru dah pun tiba,
semalam di bilik rehat, kami semua tengok berita ntv7,psl hari guru,
sedih lak bila teringatkan ranjau kehidupan ini..

azamku,
bila dah berjaya,
nama sekolahku yg first skali aku letak adalah PASTI(Pusat Asuhan Tunas islam),
dan wajib adalah skpj dan Heskul...

ape ntah jiwang sangat nih, x sampai masa pun lg...

guru,
di mana-mana,
xkan sama tau...

di skolah rendah,
cikgu ok2 jer,
di skolah men.harian,
cikgu upgrade ckit lah ngan cikgu skolah harian..
(sebenarnya,sume sama, ada jasa, xkan dilupa...)

di skolah asrama,
cikgu adalah parents kita!
kat sana x ada parents, family,
tp,
kengkawan dan cikgu laa family kita!

dan,
guru yg paling berjasa ialah,
guru yang mula-mula mengajar kita,
asas kehidupan...

hakikatnya,
semua sama,
tapi,
ukurannya berlainan...

bukan membandingkan tetapi,
mengukur....
(sama ker?)

oklah, sempena Hari GURU ini,
kami warga KBP6I mengucapkan kepada cikgu2 semua,
terutama cikgu di skpj,
KAMI SAYANG CIKGU,KAMI CINTA CIKGU,
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU CIKGU!

p/s:nantikan kek rasmi dari KBP6I kepada cikgu semua...
sekian..

Tuesday, May 5, 2009

Pabila kita tersepit dalam sebuah dasar...

salam...
alhamdulillah, segala masalah selesai.
dan kini, blog kita aktif lagi...

satu perkara yang saya ingin ulaskan di ruang yang tak seberapa ini,menyatakan rasa tersepit antara satu benda(iaitu bahasa) dalam satu dasar.


saya selitkan kisah:

Cikgu A seorang yang mahir dalam bidang sains. Tetapi, kerana pengalaman yang berpuluh tahun dalam ilmu sains dalam bahasa melayu, beliau tidak mampu mengajar dalam bahasa inggeris serta agak terkial-kial mengajarnya.

beliau mengajar tahun tiga, empat dan enam sekolah rendah.
alhamdulillah, memandangkan tahun empat, sainsnya mudah...maka, tidak kira mengajar dalam BI atau BM atau campur aduk... beliau berjaya mendidik anak muridnya dan majoriti mendapat A.

Manakala,
sains tahun enam hampir susah, menggunakan banyak perkataan sains dalam inggeris. Si anak murid pula akibat terlalu biasa dengan perkataan inggeris tidak faham penerangan sang guru, seperti ini'baiklah, anak pokok asalnya dari biji benih. biji benih mampu disebar oleh beberapa cara macam wind, animal, water, explosive mechanism...

isunya di sini, anak muridnya tak faham apa itu anak pokok....
itu di bandar...

di pedalaman pula bagaimana??

adakah mereka faham explosive mechanism itu apa?

ini kisah Sekolah rendah,kisah Sekolah Menengah?ini kisah cikgu yang menerangkan dalam dwi-bahasa, rojakkannya,tapi, kalau full english bagaimana?
apabila diajar BI, ada saja masalahnya, apabila diajar BM, si anak murid pula masalahnya...
dwi-bahasa???entahlah...itu belum cuba lagi...tak tahulah kesannya bagaimana...

KESIMPULAN

hanya satu tindakan bakal mendatangkan masalah besar...hanya satu, bukan dua, bukan tiga....
permulaan yang digembar-gemburkan hebat...
akhirnya...pembelaan bahasa di mana,generasi yang sedang belajar bagaimana,dan bermacam lagi persoalan yang entah bila hendak ketemu jawapan...satu langkah yang mengundang padah..

tapi, kita perlu ingat"tak ada orang yang bangga dengan bahasa asing...meskipun kita tahu bahasa asing, kita akan rasa nikmatnya bahasa sendiri, kita akan rasa nak ajar orang asing bahasa kita...dan, kita akan bangga orang tahu bahasa kita...kan?"
mari kita doakan agar jawapan selepas ini adalah tepat.
Kita di sini bukan nak membela atau menyangkal dasar ini...
cuma satu perkara yang kita cakap, adalah kesan/keadaan bila dibubar, diteruskan....
ada idea lain?
wasalam...MMP

Wednesday, April 15, 2009

mengimbau kejayaan 5A...

klik gambar untuk gambar yg lebih besar.....

aku tertinggal sorang lagi budak sains..hehe


haa... Syafiq daud dpt gak...abih citer...SMS Kepala Batas.... aish...bagus btol geng2 diorang kat atas tu...

Thursday, April 9, 2009

dengar khabar

dengar khabar laa...
Ustaz ***** atau Amirin nk pindah SMKANT...bleh laa sapa2 nk kim salam kat deena ngan zaiyani...
dengar khabar jugak,
Fahmy Barca kat fs tu demam campak..sian...dok umah sampai seminggu...katanya, mrsm bagi cutiiii!!!MC laa...ader lak suke2 bagi cuti seminggu....ok,
sekian..

Wednesday, April 8, 2009

Ku Terima sebuah khabar...

salam,ada khabo baruuu niiii!
ahakz, sapa lagi yang dapat SBP? apa khabar baru kelab nih?
1.cik ct sarah,yang kita kenali akan ke SBP, iaitu SMsains Kepala Batas,
2.cik zaiyani baru kutahu yang dia skunk ni sedang belajar di SMKA Nibong Teball..

gambonyer? jap eh...haa kat bawah nih...











Sunday, April 5, 2009

Kem Khas HSBM

Datang dengan kekosongan, pulang dengan keinsafan.
Baru-baru ini, Highschool BM telah menganjurkan sebuah kem khas untuk para putera dan puteri Islam.
Saya yang juga terlibat ingin berkongsi pengalaman selepas hampir dua hari di sana.
Pada awalnya, memang saya agak keberatan untuk datang ke kem tersebut memandangkan rasa tidak mampu mengikutinya kerana jam biologi saya adalah sekurang-kurang pukul 5.30 barulah bangun pagi tetapi di kem tersebut terpaksa bangun dengan lebih awal lagi sekitar 4.30.
Alhamdulillah, saya mampu mengatasi masalah ‘jam bio’ saya itu.
Baiklah, berbalik kepada topik asal. Para pelajar mendapat banyak faedah daripada kem ini.
1. 1.Jalinan ukhuwah senior-junior dan dengan kelas-kelas lain yang mana kami ditempatkan satu kumpulan yang datang dari pelbagai kelas. Sesungguhnya ukhuwah itu indah. Dari tak kenal, tak ambil kisah, kau punya hal, aku punya hal…kini,tiada lagi semua itu…(p/s: walau senior garang atau memang agak-agak macam nak buli..tapi tak buli laaa…kami tetap berterima kasih sebab, tak ada fasi2 semua ni, tak ada sapa lah yang akan jaga kami…terharunyer..huhu)
2. 2.Kerjasama dalam kumpulan dapat dipupuk dalam kerja berkumpulan.
3. 3.Perlu ingat, HSBM bukanlah sekolah beraliran agama yang tarbiah dalam diri mereka yang sememangnya terjaga. Justeru, demi menjaga akhlaq para putera dan puteri Islam, kem ini amat wajar dilakukan setiap tahun dan perlu dicontohi sekolah-sekolah harian yang bukan SMKA.( walau pun kesannya sekecil-kecil gula, tetapi tetap ada kesannya jua daripada tiada lansung).

Kelemahan kem ini,
KAMERA TAK BOLEH BAWAK!!!!!! HUHU…
Pada hari pertama seawal jam 7.30 pagi sudah mendaftar. Kemudian ke bilik asrama masing-masing. Kemudian, jeng-jeng-jeng….kaunselor mau buli maaa! Tak ader laa…bukan buli…memain jer…kami wat aktiviti yang meningkatkan respons dan ketangkasan minda.
Kemudian, minum pagi. Sambung balik bersama kaunselor dengan aktiviti bengkel. Ironinya, mereka yang opposite membentangkan perkara yang opposite dengan diri sendiri. Contohnya: Saya: kebaikan h/p ke sekolah, apekejadahnyer?????redha jelah…
Sesi petang, kembara ilmu. Best jugak… ada checkpoint dan perlu mendapat sign senior/fasi, tetapi, ada benda yang perlu dibuat. Pelbagai lah benda yang dibuat…isi air dalam botol, tulis jawi, uji baaaan dalam solat, mathematic in English(calculator) dan sebagainya.
Malamnya, selepas solat jemaah dan bacaan Mathurat, sesi ceramah oleh seorang ex- Al-Azhar’ian. Memang sproting ustaz tersebut.
Esok pula, qiamullail. Then, solat subuh. Then, khidmat diri, packing balik. Kemudian sesi ceramah oleh imam besar masjid negeri. Kemudian, penutup. Sekian saja kali ini. (nanti, lepas amanina, Fatimah dan lain-lain pergi ke kem sungai sedim, insya-Allah saya akan laporkan di KBP6I).

Sunday, March 15, 2009

PM mai Heskul wehh!!!

Inilah dia blok C yang dikatakan tuh...
Before PM mai,...
1.Brass Band tengah berlatih

2.Ketika menunggu PM mai, bersedia berbaris menyambut beliau
After PM mai, Makan Time!!

Sedapnyerr makan...

nilah antara menunya...

tengah makan, adalah video tayangan ucapan beliau....sian kami, tak boleh masuk dewan!!

wah, sedap juga ya pencuci mulutnya...\
Before PM balik...

berehat bawah pokok...huhu

Then, Lastly, PM balik....nengok ketanya...alangkah indah bergelar PM...hehe...

sekian(entri ini adalah untuk tatapan ahli yg berada di Heskul saja...hehe)

Wednesday, March 11, 2009

Ehem...MRSM sedang menunggu siapa lagi yer?!

Salam

Buat kejutan di blog nih!!! hahah...
tuan empunya diri tak tau lagi dia dpt MRSM...
aku check kat MARA tadi... tak sangka aku, terkejut beruk jadinya aku...

Muhd.Fahmi b. Affandi
Tahniah! Anda berjaya ke MRSM Kepala Batas, tarik mendaftar: 23/3/09...

percaya atau tidak...terpulang saja pada anda...hehe...

ni link Mara: http://www.mara.gov.my/
korang check ler nama korang...aku sudah, korang bila lagi?

Monday, March 9, 2009

Berita Ringkass

Salam
Berita Ringkas:

1. Rosyafiqah Azlin dah pindah dari SMKPJ ke SMK Seri Nibong.
2. Khairul Amirin aka Ustaz**** dah pindah ke Heskul dari SMKA Al-Mashoor.

Sebenarnya berita ni dah lama....cuma lupa nk gitau...kui3...]
dan, apalah agaknya dgn Cik Zaiyani kita yer...sudah pindah ke Irsyad ke blom?
sekian

Tuesday, March 3, 2009

Ahlan Wasahlan Ya SMKA...Sayonara Heskul....

Salam
Berita tergempar...haha, xder laa tergempar maner pon...

APe yer berita tuh...oh, ya, tahniah diucapkan kepada Deena Izzah kerana sudah berjaya ke SMKA Nibong Tebal...wooo....syok tuh....jgn lupakan Heskul yer...

nak tengok gambo makcik sorang tuh? nah...ni dier...sian dia, sensorang dok kat sana....hehe

Sunday, March 1, 2009

Hari Anugerah Penghargaan 5A/7A (UPSR/PMR)

Maaf yer, lambak pulak saya nk post gambo hari anugerah disebabkan masalah2 yg melanda...






Mula2, daftar diri dulu...





tengok...ramainyer!!panjang sungguh barisan...isk2..

Kemudian, ucapan Tuan Pegawai PPD
Dan diikuti dgn ucapan YB Arif Shah
Inilah persembahan yg dipersembahkan...Boria Penang, siap promote lagi Penang...haha
Ramai tak yg dpt anugerah ni?
Nilah antara ibu2 yang hadir menemani anak2 mereka

Hah, kat bawah ni, adalah budak2 sekolah selain High School BM...ex-6I pon ader gak...SMKA Sama Gagah

SM Sains Tun Syed Syeh Shahabudin aka Skolah Sains BM/Tok Syeh
Sekolah sebelah, SMK Pauh Jaya
SMK Convent BM/Skolah Convent
SMJK(C) Jit Sin/Skolah Jit Sin
Penang Freeschool/Freeskul
SMKA Al- Irsyad/Skolah Irsyad
SMK Tun Hussein Onn/Skolah Hussein Onn

Jeng-jeng-jeng...nilah hadiahnyer selain sijil dan trofi, X-Pax Plan School of X yang mana menawarkan kredit berpanjangan sampai umo 18 thn...waaah...hmmm....setakat ni saja... sekian..