Wednesday, April 15, 2009

mengimbau kejayaan 5A...

klik gambar untuk gambar yg lebih besar.....

aku tertinggal sorang lagi budak sains..hehe


haa... Syafiq daud dpt gak...abih citer...SMS Kepala Batas.... aish...bagus btol geng2 diorang kat atas tu...

Thursday, April 9, 2009

dengar khabar

dengar khabar laa...
Ustaz ***** atau Amirin nk pindah SMKANT...bleh laa sapa2 nk kim salam kat deena ngan zaiyani...
dengar khabar jugak,
Fahmy Barca kat fs tu demam campak..sian...dok umah sampai seminggu...katanya, mrsm bagi cutiiii!!!MC laa...ader lak suke2 bagi cuti seminggu....ok,
sekian..

Wednesday, April 8, 2009

Ku Terima sebuah khabar...

salam,ada khabo baruuu niiii!
ahakz, sapa lagi yang dapat SBP? apa khabar baru kelab nih?
1.cik ct sarah,yang kita kenali akan ke SBP, iaitu SMsains Kepala Batas,
2.cik zaiyani baru kutahu yang dia skunk ni sedang belajar di SMKA Nibong Teball..

gambonyer? jap eh...haa kat bawah nih...











Sunday, April 5, 2009

Kem Khas HSBM

Datang dengan kekosongan, pulang dengan keinsafan.
Baru-baru ini, Highschool BM telah menganjurkan sebuah kem khas untuk para putera dan puteri Islam.
Saya yang juga terlibat ingin berkongsi pengalaman selepas hampir dua hari di sana.
Pada awalnya, memang saya agak keberatan untuk datang ke kem tersebut memandangkan rasa tidak mampu mengikutinya kerana jam biologi saya adalah sekurang-kurang pukul 5.30 barulah bangun pagi tetapi di kem tersebut terpaksa bangun dengan lebih awal lagi sekitar 4.30.
Alhamdulillah, saya mampu mengatasi masalah ‘jam bio’ saya itu.
Baiklah, berbalik kepada topik asal. Para pelajar mendapat banyak faedah daripada kem ini.
1. 1.Jalinan ukhuwah senior-junior dan dengan kelas-kelas lain yang mana kami ditempatkan satu kumpulan yang datang dari pelbagai kelas. Sesungguhnya ukhuwah itu indah. Dari tak kenal, tak ambil kisah, kau punya hal, aku punya hal…kini,tiada lagi semua itu…(p/s: walau senior garang atau memang agak-agak macam nak buli..tapi tak buli laaa…kami tetap berterima kasih sebab, tak ada fasi2 semua ni, tak ada sapa lah yang akan jaga kami…terharunyer..huhu)
2. 2.Kerjasama dalam kumpulan dapat dipupuk dalam kerja berkumpulan.
3. 3.Perlu ingat, HSBM bukanlah sekolah beraliran agama yang tarbiah dalam diri mereka yang sememangnya terjaga. Justeru, demi menjaga akhlaq para putera dan puteri Islam, kem ini amat wajar dilakukan setiap tahun dan perlu dicontohi sekolah-sekolah harian yang bukan SMKA.( walau pun kesannya sekecil-kecil gula, tetapi tetap ada kesannya jua daripada tiada lansung).

Kelemahan kem ini,
KAMERA TAK BOLEH BAWAK!!!!!! HUHU…
Pada hari pertama seawal jam 7.30 pagi sudah mendaftar. Kemudian ke bilik asrama masing-masing. Kemudian, jeng-jeng-jeng….kaunselor mau buli maaa! Tak ader laa…bukan buli…memain jer…kami wat aktiviti yang meningkatkan respons dan ketangkasan minda.
Kemudian, minum pagi. Sambung balik bersama kaunselor dengan aktiviti bengkel. Ironinya, mereka yang opposite membentangkan perkara yang opposite dengan diri sendiri. Contohnya: Saya: kebaikan h/p ke sekolah, apekejadahnyer?????redha jelah…
Sesi petang, kembara ilmu. Best jugak… ada checkpoint dan perlu mendapat sign senior/fasi, tetapi, ada benda yang perlu dibuat. Pelbagai lah benda yang dibuat…isi air dalam botol, tulis jawi, uji baaaan dalam solat, mathematic in English(calculator) dan sebagainya.
Malamnya, selepas solat jemaah dan bacaan Mathurat, sesi ceramah oleh seorang ex- Al-Azhar’ian. Memang sproting ustaz tersebut.
Esok pula, qiamullail. Then, solat subuh. Then, khidmat diri, packing balik. Kemudian sesi ceramah oleh imam besar masjid negeri. Kemudian, penutup. Sekian saja kali ini. (nanti, lepas amanina, Fatimah dan lain-lain pergi ke kem sungai sedim, insya-Allah saya akan laporkan di KBP6I).