Tuesday, December 30, 2008
Situ, Sana, Sini(Pe citer classmates kite?)
Pada hari ni,
saya nk citer psl skolah menengah.
Hmm...
Kebanyakkan yg dpt 5A:Ditempatkan di High School Bm dan SMK Sama Gagah(Skolah Beraliran Agama)
Kecuali:
Abdel Syafiq:Penang Free School
Nadzirah Muhd. Zin, Ahmad Amir Safwan, Muhd.Syarifudin b. Sini Muhd.:SMKA Irsyad, Kepala Batas.
Dengar citer pulak:
Zaiyani, akan bersekolah di SMK Sama Gagah,
Sorang lagi, Alif Aiman, sama gak ngan Zaiyani...SMK Sama Gagah.
Fahmi pulak, dpt tawaran ke SMKA Nibong Tebal, tp, memilih High School BM kerana katanya:"kalo skolah kat sana, nanti ramai senior buli..."
Dan,
Yang selebihnya, ke skolah SMK Pauh Jaya...
Xpe2...
PMR usaha lebih, insyaAllah bleh masuk skolah yg lebih bagus...
Hah...
Lupa pulak kat Fatimah...
Dia juga sama dengan yg lain, akan bersekolah di High School BM, selepas pulang dari Jepun, 1 atau 2 hb Januari....
Semoga tahun 2009 ni, kita masih dpt berhubung lagi walaupon dah bersekolah di tempat lain...
Dan, insyaAllah, jika tiada aral yg melintang, saya akan wat sesuatu tuk club ni...Jeng,Jeng,Jeng...hehe, lihat dan tunggu...(itupun dgn izin Allah)
Sekian....
-MMP,Setiausaha Kelab Bekas Pelajar 6 Intelek.
Wednesday, November 26, 2008
Lawatan ke MRSM Agama, Kota Putra.(Cuti2 siri 1)
Dan, pada tahun 2009, MRSM ni akan bertukar nama kepada MRSM Agama. Ini adalah inspirasi dari Skolah Imtiaz. Dan, jarak pon mmg dekat la jugak, dlm baper kilometer je. Asramanyer pula, ni yg best ni! Satu dorm 2 orang, caye x???Syok2...hehehe.
Subjek2 yg diajar pula, selain daripada subjek2 teras, ader jugak subjek Bahasa Arab, Mandarin, Jepun, n Hafazan. N, pada pendapatku, MRSM ni la yg paling bagus rasenyer. Ini disebabkan oleh faktor2 ni:
1. Memantapkan akedemik.
2. Bukan saja dpt belajar subjek2 teras ngan lebih baik malah dpt menuntut ilmu2 al-quran.
3.Kokurikulumnyer jugak x ketinggalan.
4. Pentadbirannyer yg mmg sistematik dan lancar dpt memberi keselesaan tuk para plajar.
Dgn style kolej, sesiapa yg dpt blajar kat cni kire betuah la...mana tidaknyer, kedua-dua diambil berat, eh, silap, bukan dua tp, ketiga-tiga aspek ni amat diambil berat. Kurikulum,Kokurikulum, dan pendidikan agama.
Kelebihannyer:
1. Korang akan dpt blajar ngan lebih baik sbb sistem pendidikan mmg bagus.
2. Korang x akan ketinggalan dlm hal2 pendidikan islam.
3.Dpt blajar bahasa2 antarabangsa mcm Bahasa Jepun, Mandarin...x ketinggalan, Bahasa Arab.
4. Korang akan rase lebih senang sbb bidang kokurikulum pon x ketinggalan.
Syarat2 nyer xder la teruk sgt...cuma baper perkara je...
1.Warganegara Malaysia.
2.Permohonan ini terbuka kepada pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
3.Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008 atau sekurangkurangnya 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Agama), berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
4.Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.
Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
1.Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
2.Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
n, agak bad news ckit, pemohon yg ditawarkan ke SBP(Skolah Berasrama Penuh), x kan ditawarkan ke MRSM....
Alamak, lupa lak citer kes2 disiplin ni...kalo kat MRSM, ok jer.
Rutinnyer camni,(yg saya dpt dari ex-student MRSM Agama. N, tuk pengetahuan sume, MRSM Agama dh lama ada, kat Kuala Berang, cuma x diwar-warkan je):
"dari segi disiplin memang ketat, bangun 5.30am siap kena gerak dengan rotan, setiap hari ade inspection bilik tengok katil kemas @ tak. no walkman no TV. pergaulan memang terjaga di antara lelaki perempuan sehingga ana tak kenal pun classmate yang perempuan. usrah alhamdulillah memang berjalan lanncar & banyak mendidik diri mengenal Islam."
Mmg banyak manfaatnyer kalo dpt blajar kat MRSM Agama. Yg saya tau, kat Terengganu ader dua, Kuala Berang n Kota Putra. Thats all yg saya nk kongsi kat cni. Kepada classmate2 ku yg ader pengalaman cuti2 dlm musim cuti ni, emailkan kat saya,Maisarah96@yahoo.com, ok?
- Salam MMP
Friday, November 21, 2008
Gambar2 Last Day d SKPJ(Original Version)



Bajet ayu...asyikin ghazali...hehehe.

Tiga Ratu Cantik...ewah2, bergayanyer!!

Nilah geng budak2 pandai...


Padang Sukan yg sama2 kita rindui....huhuhu...

Inilah papan hitam yg tertulis 'Hari Perpisahan' huhuhu....sedihnyer...

Yeah,ramai2 wat aksi tersendiri...hehehe.

Inilah bangunan yg dirindu....huhuhu...

Bangunan yg kita duduki time tahap satu dulu...oh, rindu giler!!

Rock Kapak yg kureng menjadi...hahaha...

Guru kelas kita dulu,5 Intelek, Pn.Hajrah....miss giler ngan Pn.Hajrah ni...huhuhu

Wajah yg dirindu,Ustazah Fadhilah Hasan...


"Be happy!" Cikgu BM kita ngan senyum yg x lekang d bibir, Pn.Natrah...

"peace!" gaya slumber Cikgu KH kita dlm keadaan tergesa-gesa...huhu...sianlah cikgu sorang ni aku pi terjah dia...hehehe...

Wahai Abdel...apsal "cantik" sgt gigi ko tu???
Thursday, November 20, 2008
Gambar2 Kenangan(Yg Dirompak Dari Profiles Amir)He3
Friday, November 14, 2008
lrik lagu perpisahan 6 I
Bermula tahun 2008,
Tahun yg membawa kita,
Untuk berjuang berhadapan
sebuah ujian....
Belajar menjadi matang
Ditempuh hari dgn ilmu
serta usaha yg berlimpah
untuk menggenggam jaya....
Bila,
UPSR hampir tiba
semua bagai x cukup tangan
ulangkaji setiap waktu
demi satu cita jaya
Hari,
UPSR tiba jua
kita bersama memerah otak
berjuang dgn sesungguhnya
Tanggal 12 September
loceng pon sudah berbunyi
tanda UPSR sudah tamat
ringan sudah amanah
Kita bakal ke alam menengah.....*
Khas wat semua classmate= Gud Luck in SMK nanti....
Tuesday, October 28, 2008
Fatimah:Dah Bersekolah kat Jepun
Hidup kat sana katanya, waktu Subuh sejuk sgt!!Nak wudhu' pun terpaksa tahan sejuk tu yg mmg bisa sampai tulang!!! Sepanjang kat sana, dia banyak jugak bergaul ngan org2 Jepun....dia dah pandai Bahasa Jepun sekarang nih.
Dia citer, dia dah belajar bab2 warna, contohnya:shiro=putih, n mcm2 lagilah....bab2 famili pun dia dah blajar cam, abg=onesan...betol ke yg saya cakap nih ehh??X taulah, saya x pandai sgt nih...
Kalau Maths, dia kata mmg advance!!!Susah gak...tp, Bahasa English dia cam sylibus darjah satu jer,hehehe...x baik kutuk2 nih...
Dia ada jugak ronda2 kat sekitar Jepun nih...yg dekat2 jelah. Dia gitau lagi, minggu ni, insyaAllah dia akan melawat Osaka. Dia kata lagi, dia ada pi open house student2 kat sana...rapat jugaklah ngan student2 ayahnya kat sana.
Kat sana, sushi mahal, katanya. Slalu, ayah dia wat sate, nasik lemak n mcm2 lagilah....
Hmm, kira takat ni jelah citer dia....Kalau ada berita psl ahli2 kelab yg lain, insyaAllah saya akan post kat cni. Last word yg saya ingat...katanya, dia rindu jugak kat Malaysia....rasa cam balik jugak tp, papepun, kita doakanlah dia selamat n baik2 jer kat sana.Sekian saja tuk kali ni, time kasih.
Saturday, October 18, 2008
Antara Dua Alam Persekolahan:Perbezaan Yg Ketara
Di sinilah, kita semua berjuang mendapatkan ilmu, berjuang untuk mendapat tempat-tempat tertinggi dalam aliran tahun enam, berjuang untuk memperoleh markah tertinggi dan sebagainya. Tidak kurang juga, gelak ketawa, suka-duka, kisah-kisah sensasi dikongsi bersama dalam kelas ini.
Kawan-kawan,
Pabila kita melangkah ke alam Sekolah Menengah, ia sama sekali tidak sama dengan alam Sekolah Rendah. Di sana, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, ada yang sederhana baik dan jahatnya, tidak kurang juga yang sifat dan bersikap 'busuk'!!!
Memang tak akan sama! Kerana, di sana, kita perlu berhadapan senior-senior yang suka membuli, samseng dan sebagainya. Ya, memang ada yang baik.....tapi, kita juga perlu sedar, kita mesti memimpin diri sendiri. Kita perlu bersikap 'memilih' dalam mencari kawan kerana kebanyakan pelajar Sekolah Menengah suka mempengaruhi kita dengan aktiviti yang tidak sepatutnya.
Lihat sajalah, sama ada di SBP, MRSM, atau SMKA pun, terdapat banyak berita buruk seperti, junior-junior tidur di landasan kereta api untuk mengelak daripada dibuli akhirnya seorang daripada mereka mati dilindis kereta api.....Ada juga pelajar SMKA yang membuli adik-adik juniornya sehingga mengalami trauma dan cedera yang teruk.....ada juga pelajar SBP merokok kerana mengikut cakap-cakap kawan-kawannya....di MRSM pula, segelintir pelajarnya, membuka tudung dan menunjuk-nunjuk rambutnya yang berwarna di luar sekolah sedangkan di dalam sekolah mereka mengenakan tudung dengan sopan dan ada juga yang mengenakan tudung labuh!!! Lihat sajalah realiti alam Sekolah Menangah!!!
Di Alam Sekolah Rendah, kita bebas berkawan kerana tidak perlu 'memilih'. Ini disebabkan, kita tidak ada pengaruh negatif seperti di lama Sekolah Menengah. Seperti kata-kata Ustazah Fadhilah Hassan, "bila kamu masuk sekolah menengah, kamu akan rindu sekolah rendah, sebab di sana cikgu-cikgu tak ambil peduli pada kamu. Kamu siapkan kerja rumah atau tidak, kamu faham atau tidak, mereka tidak ambil peduli. Mereka masuk ke kelas dan bagi kerja dan kamu perlu usaha sendiri. Lihat sajalah sekolah sebelah(SMK Pauh Jaya), budak-budak sekolah tu dok lari ponteng saja....sebab apa? sebab mereka tak dapat tahan diri sendiri, sebab mereka tak boleh nak terima pelajaran. Tapi, di sekolah rendah, cikgu-cikgu ambil berat pada kamu semua. Mereka memberi penenrangan yang terperinci dan berusaha membuatkan kamu faham tapi di Sekolah Menengah?"
Masih ingatkah kawan-kawan kata-kata Ustazah Fadhilah? Ya, sudah lama ungkapan itu keluar dari mulut ustazah tapi, tak pernah diulang oleh sesiapa. Di sini, saya telah mengulang kata-kata itu.
Saya bagi contoh yang terakhir, baru-baru ini, dua orang pelajar sekolah menengah telah melawan gurunya dengan menyakiti si cikgu. Lihatlah.....betapa ketaranya perbezaan alam Sekolah Menengah dan Alam Sekolah Rendah.... Pernah anak murid sekolah rendah memperlakukan cikgunya begitu?
Pesanan terakhir saya, berjaga-jagalah diri kita dari senior-senior yang 'bahaya'. Jangan mudah terpengaruh dan pandai-pandailah memilih kawan......
Tuesday, October 14, 2008
Jiwa Seorang Pelajar
Wahai kawan2 ku....di sini ingin kuberi sedikit kata,
Tak sesiapa tahu tentang jiwa seorang pelajar. Tapi percayalah, seteruk mana seorang pelajar itu, mereka tetap ada masa depan. Jangan diduga masa depan mereka kerana kita tidak tahu dan kita tidak akan tahu!
Mungkin, seorang pelajar itu tampak bodoh, lembab atau blur atau pelajar itu bersikap malas dan nakal tapi siapa yang tahu merekalah pengubah corak pemikiran masyarakat. Corak pemikiran ke arah kemajuan. Mungkin, seorang murid itu amat benci akan gurunya tapi percayalah yang mereka juga menyayangi guru mereka.
Pelajar, terlalu muda dan kecil akal mereka. Seluas mana pun diterokai akal mereka, si pelayar itu tetap akan sampai di tempat yang sama. Mereka tidak faham mengapa perlu belajar, perlu ada cita-cita dan sebagainya. Guru-guru menyatakan yang mereka ialah peneraju masa depan tapi, sebanyak mana pun diterangkan, mereka tidak akan faham.
Setelah mereka perlahan-lahan meningkat dewasa maka, perlahan-lahanlah mereka mengenal dunia. Jiwa mereka akan terbit perasaan sayang pada insan yang bernama guru. Mengapa? Kerana setiap hari mereka bertemu guru dalam jangka waktu yang lama kecuali pada hari cuti.
Seawal usia lima atau enam tahun, mereka sudah mengenal guru. Mereka bersama guru dari pagi hingga tengah hari atau petang di tadika atau di prasekolah. Meningkat usia tujuh tahun sehingga 12 tahun, mereka bersama guru selama separuh hari. Dan meningkat pula usia 13 hingga 17 tahun, hari-hari mereka bersama guru di asrama. Tempoh masa mereka bersama dengan guru ialah hampir sehari! Tidakkah mereka akan lebih menyayangi guru daripada ibu bapa?
Cuba fikirkan, bukankah seorang pelajar sama seperti anak seorang guru? Sebenci mana pun mereka terhadap seorang guru tapi jauh di sudut hati, ada kasih dan sayang mereka terhadap seorang guru. Dan, apabila sayangnya dan kasihnya terhadap guru mereka, mereka berubah dan terus berubah. Mereka berusaha dan terus berusaha agar tujuan mereka tercapai. Tujuan yang sangat murni iaitu membanggakan guru mereka.
Setelah mencapai awan di puncak, mereka mempunyai satu kelebihan iaitu kelebihan mengubah zaman. Membawa sebuah negara atau dunia ke arah kemajuan. Setelah itu, mereka mencari guru kerana sehebat mana pun mereka, semua ilmu dan kejayaan yang mereka peroleh datangnya dari ilmu asas yang diajar seorang guru.
Mungkin, tanpa seorang guru mereka pasti belum mengenal ABC. Mungkin, mereka belum pandai membaca dan mengira. Oleh itu, mereka mencari guru untuk memberi penghargaan atas pengorbanan seorang guru yang tidak terhingga.
*Para Pelajar Memang Sayang Akan Gurunya Walaupun Dia Pernah Membenci Gurunya*